Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone XR Terima Harga Runtuh Di Jepun, Dijual Kurang Dari RM900

iPhone XR Terima Harga Runtuh Di Jepun, Dijual Kurang Dari RM900

Diterbitkan November 27, 2018 · Dikemas kini November 27, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang dilaporkan beberapa hari lepas, Apple telah pun menurunkan harga bagi model iPhone XR mereka bagi pasaran Jepun. NNT DoCoMo telah menjadi pembekal pertama yang menawarkan telefon tersebut dengan harga yang lebih rendah semalam.

iPhone XR 64GB boleh didapatkan pada harga 24,000 Yen(~RM 887) melalui kontrak selama 24 bulan. Sebelum ini, mereka menawarkan model berkenaan pada harga 36,000 Yen(~RM 1,330).

iPhone XR Terima Harga Runtuh Di Jepun, Dijual Kurang Dari RM900
Kredit: CNET

Ini bermakna pembeli hanya perlu membayar 2475 Yen(~RM 90) sebulan. Langkah ini seiring dengan pengumuman Apple untuk mengurangkan harga model iPhone XR bagi meningkatkan jualan peranti mereka itu di Jepun.

Apple menguasai pasaran telefon pintar di Jepun dengan penguasaan sekitar 50%, namun kadar jualan bagi tiga model baharu mereka pada tahun ini nampaknya kurang memberangsangkan.

 

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY