Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone USB-C Akhirnya Terjual Dengan Harga Lebih ~RM300000

Posted on November 12, 2021

Oktober lalu, seorang individu yang bernama Ken Pillonel berjaya “mencipta” iPhone X dengan storan 64GB hadir dengan port pengecasan USB-C.

Kemudian, iPhone tersebut dilihat disenaraikan di laman eBay untuk dibida dan bidaan pada masa itu telah mencapai sehingga USD100,100.

Kira-kira hampir 2 minggu, iPhone pertama di dunia yang lengkap dengan USB-C akhirnya terjual juga tetapi tidaklah sehingga nilai yang dinyatakan tempoh hari. Sebaliknya, iPhone itu dijual pada tanda harga USD86001 (~RM358000).

Dengan ini, jelas kelihatan bahawa pengguna iPhone sememangnya mahukan peranti mereka hadir dengan port USB-C. Tidak hairanlah ada yang sanggup membeli iPhone X itu dengan nilai yang agak tidak masuk akal.

Apa-apa pun, berkemungkinan pada masa hadapan iPhone USB-C ini akan jadi kenyataan kerana cadangan oleh Kesatuan Eropah (EU) yang mahu menyeragamkan port pengecasan.

Sumber: gizmodo

Baca juga:

  • Apple Akan Selesaikan Isu FaceID Rosak Jika Skrin Dibaiki Pihak Ketiga

  • Bukan Apple Je, Samsung Pun Ada Kain Lap

  • Cip Apple A16 Bionic Dilapor Turut Guna Pemproses 4nm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress