Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Akan Selesaikan Isu FaceID Rosak Jika Skrin Dibaiki Pihak Ketiga

Posted on November 10, 2021

Seperti semua sedia maklum, jika peranti Apple dibaiki dan diubah suai pihak ketiga bermakna pengguna juga merisikokan peranti mereka. Hal ini kerana perisiannya dapat mengesan sebarang perubahan perkakasan dan Apple bukanlah syarikat yang mesra dengan pihak ketiga.

Selepas iPhone 13 dilancarkan, pelbagai pihak seperti iFixit mengatakan Apple semakin ketat berkaitan hal baik pulih peranti mereka. FaceID pada iPhone 13 misalnya ditemui gagal berfungsi selepas skrinnya diganti baru. Bagi mengelakkan isu ini, pembaik perlu mengalihkan sebuah cip daripada skrin asal, menjadikannya satu proses yang begitu rumit.

Tidak semua pihak mempunyai kepakaran untuk melakukan sedemikian kecuali di kedai-kedai yang diiktiraf Apple. Walaupun begitu, Apple mengatakan mereka akan mengubah perkara ini dalam kemas kini akan datang, jadi pembaik tidak perlu lagi mengalihkan cip pada skrin asal. Apple tidak memberitahu secara jelas bilakah kemas kini tersebut akan dilepaskan.

Sumber: TheVerge

Baca juga:

  • MacBook Pro M1 Ada Masalah Untuk Mainkan Video HDR
  • Cip Apple A16 Bionic Dilapor Turut Guna Pemproses 4nm
  • Cip Intel Alder Lake Desktop Kalahkan Apple M1 Max Tapi Kena ‘Kerja Keras’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress