Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone USB-C

iPhone Pertama Dengan USB-C Kini Dijual Pada Harga Lebih Ratusan Ribu Ringgit

Diterbitkan November 5, 2021 · Dikemas kini November 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Bulan lalu, seorang jurutera robotik berjaya mengubah sebuah iPhone X dilengkapi dengan port USB-C. Telefon ini mampu dicas serta melakukan pemindahan fail seperti biasa menggunakan MacBook.

Namun kini, mana-mana yang berminat boleh membelinya menerusi laman eBay. Disebabkan peranti tersebut barang ‘rare’, nilai bidaannya sudah mencapai sehingga USD100,100 (~RM416000) setakat artikel ini ditulis.

iPhone USB-C eBay

Menurut penciptanya Ken Pillonel, pembeli iPhone X dengan USB-C serta storan 64GB ini boleh melakukan apa-apa sahaja. Namun, beliau meletakkan syarat seperti pembeli tidak boleh restore, naik taraf iOS atau padam (erase) iPhone tersebut.

Selain itu, pembeli juga tidak boleh menggunakannya sebagai peranti utama untuk kegunaan harian dan tidak akan membuka isi kandungannya.

Tambahnya, beliau menjanjikan iPhone itu sempurna untuk digunakan tetapi jika syarat-syarat yang ditetapkan dilanggar, beliau tidak bertanggungjawab kerana peranti tersebut hanyalah prototaip.

Dalam pada itu, Ken Pillonel turut berkongsikan projeknya itu menerusi GitHub repository. Bermakna, sekiranya mana-mana individu yang berani, bolehlah mencuba membuat modifikasi sendiri.

Sumber: 9to5mac, gsmarena

Baca juga:

  • Pengguna Tempatan Boleh Langgan Apple Fitness+ Bermula Esok

  • (Ulasan) iPhone 13 Dari Kaca Mata Seorang Penjilat Android

  • Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY