Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Mungkin Tidak Perlukan Sarung Pelindung Pada Masa Depan

iPhone Mungkin Tidak Perlukan Sarung Pelindung Pada Masa Depan

Diterbitkan Jun 16, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Amalina Athman

Apple telah menerima paten “Spatial Composites”, yang membolehkan seramik atau logam dibenamkan pada casis iPhone untuk lebih tahan calar.

Berkaitan

  • Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
  • Model CAD iPhone 16 Pro Max Dilihat Hadir Dengan Skrin Lebih Besar

Dalam paten bertarikh 13 Jun 2023, ia menyatakan peranti elektronik, terutamanya telefon pintar, tablet dan komputer riba boleh mengalami sentuhan dengan pelbagai permukaan yang membawa kepada kerosakan atau hakisan pada permukaan peranti. Menurut paten itu,

Housing materials for such devices may have different combinations of properties relating to strength, appearance, abrasion resistance, electromagnetic shielding, and the like.

Dalam erti kata lain, setiap bahan yang digunakan pada casis iPhone hadir dengan manfaat dan masalah yang berbeza.

Lanjutan itu, Apple mencadangkan penggunaan lebih daripada satu bahan untuk casis yang dihasilkan. Paten Apple menerangkan bahan tahan hakisan yang terbentuk daripada logam atau seramik serta bahan asas untuk acuan.

Untuk menghasilkannya, ia memerlukan bahan tahan hakisan yang lebih kuat berbanding acuannya.

Apple Spatial Composites_1

Menerusi lakaran paten tersebut, ia memperlihat rekaan yang berbeza, termasuk penggunaan beads, yang menjadikan panel belakang iPhone bertekstur.

Apple Spatial Composites_2

Sebahagian manik-manik kecil yang terdiri daripada bahan yang lebih tahan, akan tertanam dengan bahan acuan.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah perkara yang mudah dan merupakan proses yang kompleks. Terutamanya, mengambil kira bahan yang sesuai untuk dicampurkan serta cara menghasilkannya.

Jika paten ini diguna pakai kelak, kita mungkin dapat menyaksikan iPhone lebih tahan lasak dan boleh digunakan tanpa sarung pelindung pada masa depan.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY