Iphone Mungkin Akan Mengambil Lagi Satu-Satunya Fungsi Unik Samsung

Dalam dunia telefon pintar sekarang, mengambil konsep pesaing merupakan perkara biasa. Setiap pengeluar akan mengambilnya jika merasakan fungsi tersebut perlu dan mengaplikasikan kepada produk mereka.

Samsung juga membuat perkara yang sama dengan memberikan pilihan varian kepada dalam bentuk edisi S dan Note mereka. Galaxy Note mereka memberikan pilihan kepada pembeli dengan saiz phablet dengan tambahan S Pen yang mengambil konsep PDA yang popular pada awal tahun 2000.

Mendiang Steve Jobs yang sebelum ini tidak bersetuju dengan penggunaan pen stylus untuk peranti telefon pintar kerana menganggap ciptaan seperti itu tidak elegan untuk digunakan bersama telefon pintar.

Namun semua itu bakal berakhir kerana Apple dikatakan akan menambah sokongan Apple Pencil untuk peranti iPhone mereka. Mereka juga telah mempatenkan 20170242499 bertajuk Pembetulan Bunyi Untuk Peranti Sentuhan Stylus. Teknologi ini membolehkan pengesanan lebih tepat untuk kedudukan stylus apabila digunakan.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud yang keluaran iPhone yang terbaru akan hadir bersama sokongan Apple Pencil. Jika Apple bercadang untuk membawa sokongan Apple Pencil untuk iPhone, pastinya ia akan datang berasingan dan bukan seperti Samsung Note S Pen.

Sumber