Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone boleh lipat stylus

iPhone Boleh Lipat Dijangka Hadir Dengan Sokongan Stylus

Diterbitkan Februari 16, 2021 ยท Dikemas kini Februari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple dikhabarkan akan menghasilkan iPhone boleh lipat pertama mereka dan dijangka hadir seawal tahun hadapan.

Terkini, laporan terbaru menyatakan peranti ini mungkin akan dilancarkan pada 2023. Menariknya, iPhone boleh lipat ini turut dikatakan bakal hadir dengan sokongan stylus.

iPhone Boleh Lipat Dijangka Hadir Dengan Sokongan Stylus

Tidak dapat dipastikan jika stylus yang dimaksudkan adalah Apple Pencil yang digunakan pada beberapa iPad atau stylus dengan rekaan baharu.

Dalam pada itu, EqualOcean turut menyatakan iPhone boleh lipat ini akan dimuatkan dengan paparan OLED dengan saiz di antara 7.3-inci dan 7.6 inci.

gsmarena_002 (1)

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi daripada Apple jika mereka sedang membangunkan peranti boleh lipat. Seperti biasa, Apple lebih memilih untuk merahsiakan kerja-kerja yang masih dalam pembangunan.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY