Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPhone boleh lipat

iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat Mungkin Hadir Seawal Tahun 2022

Diterbitkan November 18, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Apple dilaporkan akan menghentikan pengeluaran iPad mini selepas pelancaran iPhone boleh lipat. Terbaru, laporan menyatakan iPhone dengan skrin boleh lipat mungkin hadir seawal tahun 2022.

Menurut laporan, Apple telah menerima sampel telefon boleh lipat itu dari pembekal China termasuk Foxcon dan New Nikko.

Apple turut dilaporkan dalam penilaian untuk menggunakan teknologi OLED atau microLED bagi skrin iPhone pertama yang boleh dilipat. Ini kerana, kedua-dua skrin tersebut akan mempengaruhi kaedah pemasangan yang berbeza.

Sehingga kini, Apple dikatakan dalam fasa pengujian komponen utama seperti skrin dan engsel. Berdasarkan rantaian pembekal, Samsung dijangka akan menyediakan panel skrin, sementara engsel akan disediakan oleh pembekal seperti New Nikko serta akan dipasang oleh Foxconn.

Engsel dilaporkan akan diuji untuk lebih dari 100,000 kali dan New Nikkon, syarikat yang sama bekerjasama dengan Apple untuk menghasilkan engsel untuk MacBook, akan menghasilkan engsel untuk iPhone tersebut.

Dalam pada itu, jika sebelum ini iPhone boleh lipat dikatakan tidak akan dilancarkan sehingga November 2022, laporan terbaru ini turut menyatakan Apple merancang untuk melancarkannya pada September 2022. Oleh itu, belum dapat dipastikan bila ia akan dilancarkan.

Namun, boleh dijangkakan iPhone boleh lipat ini mungkin hadir seawal tahun 2022.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY