Acara Pelancaran iPhone X- Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Turut Sama Diperkenalkan

Dalam acara yang sama awal pagi ini, Apple turut memperkenalkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Tidak banyak yang diperkatakan tentang kedua-dua model ini memandangkan model utama yang menjadi perhatian adalah model iPhone X.

Kedua-dua model dilengkapi dengan cip pemprosesan baru A11 Bionic manakala iPhone 8 Plus memperlihatkan rekaan dwi-kamera utama. Namun iPhone 8 masih menggunakan tetapan satu kamera di bahagian belakang.

iPhone 8 memiliki paparan skrin IPS 4.7 inci dan iPhone 8 Plus dengan 5.5 inci.

Dengan rekaan dwi-kamera 12MP untuk iPhone 8 Plus dan cip pemprosesan A11 Bionic, mereka turut menyertakan efek pencahayaan dalam mod Potrait.

Ianya juga turut mampu merakam rakaman video 4K dalam 60fps dan 1080p dalam 240fps.





Kedua-dua iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga hadir dengan sokongan AR. Yang menariknya kedua-dua model iPhone 8 turut membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar.



iPhone 8 Plus hadir dengan pilihan storan 64GB dan 256GB dan dijual pada harga $799 (RM 3361.79) manakala iPhone 8 pula turut tanpil dengan variasi storan yang sama pada harga $699 (RM2941.04).

Berkaitan