Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi

Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 7, 2018 ยท Dikemas kini September 9, 2018 oleh Haikel Areff

Ketika Huawei mengumumkan model P20 Pro dengan tiga kamera utama, dunia seakan terpersona dengan perkara berkenaan apatah lagi selepas melihat kualiti gambar yang dihasilkan. Namun, sekiranya ada daripada anda yang masih tidak puas, Nokia mungkin ada penyelesaian bagi masalah anda.

Imej yang didakwa Nokia 9 sekali lagi tertiris atas talian melalui laman GSMArena. Menariknya, ia sekali lagi memperlihatkan lima lensa kamera utama pada panel belakang peranti. Ia sekaligus menguatkan lagi dakwaan beberapa pakar tiris sebelum ini.

Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama LagiKredit : GSMArena

Sebelum ini, pakar-pakar tiris telah mendedahkan beberapa imej tidak rasmi Nokia 9 dengan ciri yang sama. Namun, dakwaan mereka itu dipandang serong oleh kebanyakan pihak kerana menganggap ianya tidak relevan.

Dapat dilihat dengan jelas pada imej diatas, lima lensa itu disusun bersama dengan panel LED flash serta satu lagi panel yang masih belum dapat dipastikan fungsinya. Logo jenama ZEISS juga terpampang di bawah salah satu lensa berkenaan.

Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama LagiKredit : GSMArena

Selain lima kamera utama, Nokia 9 juga dijangka akan hadir dengan beberapa ciri premium yang lain seperti penggunaan cip pemprosesan terkini dan pengimbas cap jari pada dalam skrin.

Nokia 9 dilaporkan akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun ini. Dengan tahun ini hanya berbaki kira-kira empat bulan sahaja lagi, kita mungkin akan dapat mendengar dengan lebih lanjut mengenai peranti ini dalam masa terdekat.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY