Kini, muncul pula laporan mengenai satu imej yang dikatakan imej Vivo NEX 2(bukan nama rasmi) tertiris atas talian. Peranti tersebut dikatakan bakal dilengkapi dengan tri-kamera utama serta dwi-skrin.
Ia sekaligus menjadikan Vivo NEX 2 ini sebuah peranti yang seakan-akan Nubia X. Peranti keluaran bekas anak syarikat ZTE itu hadir tanpa kamera hadapan, namun tidak dapat dipastikan samada Vivo NEX 2 ini akan memiliki ciri yang sama atau tidak.
Melihat kepada gambar di atas, sisi hadapan peranti ini hampir sama dengan generasi pertama Vivo NEX dahulu. Paparan hadapan dilaporkan mempunyai nisbah paparan 18:9 manakala paparan belakang pula bernisbah 16:9.
Bagaimanapun, peranti ini berkemungkinan besar akan kekal menggunakan cip Snapdragon 845 dan bukannya Snapdragon 8150. Vivo NEX 2 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan hadapan.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- TNB Bakal Umum Maklumat Lanjut Mengenai Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019
- Jadi Yang Pertama Untuk Merasakan Pengalaman HONOR 9X Sebelum Ia Dilancarkan
- Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu
- Penggabungan Sistem Permesejan FB Messenger, Instagram & WhatsApp Mungkin Ditangguhkan Sehingga 2020
- Konami Keluarkan Video Trailer Rasmi Bagi Permainan Video PES 2019
- Lima Perkara Yang Kami Mahukan Dalam Permainan FIFA 20
- Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi
- Spesifikasi Tiga Kamera Utama Samsung Galaxy S10+ Tertiris
- nubia Red Magic 3 Dijangka Tampil Dengan Snapdragon 855, Bateri 5000mAh