Pihak FCC akan melakukan ujian semula ke atas peranti yang didakwa memancarkan radiasi dari tahap yang dibenarkan.
Satu laporan ujian berkaitan radiasi yang dipancarkan oleh telefon pintar telah didedahkan oleh pihak Chicago Tribune baru-baru ini.
Daripada 11 telefon pintar yang diuji, mereka mendapati iPhone 7 telah memancarkan radiasi frekuensi radio (RF) lebih dari tahap yang dibenarkan. Malah tahap radiasi tersebut didakwa adalah lebih 2 kali ganda daripada apa yang dilaporkan Apple kepada pihak Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat.
Daripada carta hasil ujian di atas ia menunjukkan radiasi frekuensi radio yang dipancarkan oleh iPhone 7 adalah melebihi dari tahap yang dibenarkan pada kesemua ujian yang dilakukan ke atasnya.
Malah bukan iPhone 7 sahaja yang didapati memancarkan radiasi lebih daripada apa yang dibenarkan, tetapi juga berlaku pada model telefon pintar Android keluaran Samsung khususnya model Galaxy S9, S8.
Walaubagaimanapun, iPhone 7 adalah yang paling banyak memancarkan radiasi berbanding 11 model telefon pintar lain yang diuji oleh pihak Chicago Tribune.
Susulan daripada penemuan itu, pihak Chicago Tribune telah menghubungi Apple dengan menyertakan laporan setebal seratus muka surat bagi memaklumkan hasil dapatan dari uji kaji makmal mereka. Pihak Apple telah respon dan tidak bersetuju dengan penemuan tersebut.
Mereka mendakwa ujian yang dilakukan oleh Chicago Tribune tidak mengikut standad yang sebenarnya bagi iPhone. Walhal ujian oleh Chicago Tribune itu dilakukan oleh RF Exposure Lab, sebuah makmal yang lengkap fasilitinya bagi menguji radiasi frekuensi radio yang diiktiraf oleh pihak FCC sejak 15 tahun lalu.
Malah ujian yang dilakukan itu juga adalah mengikut sepertimana apa yang disyaratkan dan berdasarkan panduan dari FCC sendiri. Apple dalam responnya berkata,
“All iPhone models, including iPhone 7, are fully certified by the FCC and in every other country where iPhone is sold. After careful review and subsequent validation of all iPhone models tested in the (Tribune) report, we confirmed we are in compliance and meet all applicable … exposure guidelines and limits.” Apple.
Berikutan pendedahan oleh Chicago Tribune itu, pihak FCC berkata pihak mereka akan menjalankan ujian terhadap peranti-peranti yang didakwa itu bagi melihat sendiri hasilnya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada laporan oleh laman Statista pula yang dikeluarkan pada Mac lalu, iPhone 7 bukanlah telefon pintar yang paling banyak memancarkan radiasi.
Sebaliknya telefon pintar keluaran Xiaomi model Mi A1 secara khususnya berada ditangga teratas sebagai peranti yang paling tinggi memancarkan radiasi. Diikuti OnePlus 5T, Xiaomi Mi Max 3 dan OnePlus 6T.
Manakala iPhone 7 pula di tangga ke-9 dan masih kekal sebagai antara telefon pintar yang paling tinggi pancaran radiasinya. Berikut adalah 16 telefon pintar yang memancarkan radiasi tertinggi menurut Statista:-
Berkaitan
- iPad Pro 2019 Mungkin Akan Dilengkapi Rekaan Kamera Sepertimana iPhone 11 Pro
- Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
- Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei
- Microsoft Lepaskan Kemas Kini Windows 11 22H2 KB5027231
- Telefon Android Capai Kelajuan Muat Turun 17Mbps Dengan Selular Starlink
- Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini
- Cepat Sambar iPhone 14 Pro Max Dan Jimat Sehingga RM850 Sebelum 17 Oktober 2023
- Isu Privasi Android, Google Setuju Bayar Saman Lebih RM1.7 Bilion
- Pelayar Firefox 71 Kini Dengan Ciri Picture in Picture
- Harga Maksimum iPhone 14 Pro Max Lebih Mahal Daripada MacBook Pro M2 13 Inci