Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 2020

iPhone 2020 Mungkin Guna Imbasan Cap Jari Dibawah Paparan

Diterbitkan Disember 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menjelang tahun 2020, kita sedia dihimpunkan dengan pelbagai khabar angin melibatkan pengeluar telefon pintar Apple, iPhone. Kini menambah satu lagi koleksi gosip itu adalah tentang ciri biometrik pada iPhone 2020.

Perkhabaran ini muncul setelah Economic Daily News melaporkan Apple akan menghantar wakil untuk bertemu dengan General Interface Solution (GIS). Pertemuan antara dua pihak ini dikatakan akan membincangkan mengenai pembangunan paparan iPhone yang dilengkapi ciri imbasan cap jari dibawah paparan.

Penawaran ini dijangka dibuat seawal tahun 2020 pada salah satu model, namun mungkin juga dianjak sedikit ke tahun yang berikutnya. Dikatakan lagi, Apple akan menggunakan sensor imbasan ultrasonik dari Qualcomm sepertimana yang sedia digunakan pada siri Galaxy S10.

Ini mungkin perkembangan baik untuk peminat yang mana sejak iPhone X, Apple hanya menawarkan satu fungsi biometrik sahaja.

Buat masa sekarang, terdapat dua jenis imbasan cap jari bawah paparan iaitu optikal dan ultrasonik. Sensor optikal berfungsi dengan bergantung kepada cahaya daripada paparan peranti untuk mencipta imej 2D cap jari. Sementara itu jenis ultrasonik pula menggunakan bunyi berfrekuensi tinggi dalam menghasilkan imej 3D cap jari.

Apple diramal akan melancarkan dua model pada tahun hadapan iaitu versi bajet, sekitar enam bulan pertama 2020. Versi lebih berkuasa pula akan menyusul pada September.

Sumber: Economic Daily News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY