Antara trend yang popular pada tahun ini ialah tetapan tiga kamera utama. Salah satu peranti yang menggunakan teknologi berkenaan ialah siri Huawei Mate 20.
Berbeza dengan "abangnya" P20 Pro, tiga lensa kamera Mate 20 dipasang dalam satu panel berbentuk segi empat Terbaru, rekaan tersebut dilaporkan akan diikuti oleh Apple pada model iPhone 2019 mereka.
Berdasarkan imej yang didedahkan oleh @onleaks (Steve Hemmerstoffer) di atas, iPhone 2019 akan hadir dengan reka bentuk kamera yang hampir sama dengan Mate 20 Pro, namun dipasang dibahagian bucu dengan susunan yang berbeza.
Apple sebelum ini dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi ToF pada kamera iPhone mereka tahun ini.
https://twitter.com/OnLeaks/status/1081914170839310336
Bagaimanapun, berdasarkan kiriman berikutnya dari Steve yang menyatakan ini bukanlah rekaan yang terakhir, kita boleh menjangkakan bahawa rekaan tri-kamera iPhone 2019 nanti adalah berbeza.
Tambahan pula, Apple dijangka hanya akan melancarkan iPhone tersebut pada bulan September nanti.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max
- Tonjolkan Kreativiti Fotografi Dan Berpeluang Memenangi HONOR 20 Melalui Peraduan #DayNight
- Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro, Watch GT - Bagaimana 3 Gajet Ini Menjadikan Percutian Anda Lebih Selesa
- Dota 2 & Mobile Legends Antara Permainan Video Yang Sah Dipertandingkan Di Sukan Sea 2019
- Cip Pemprosesan Pertama Di Bawah Siri Kirin 1000 Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Huawei
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- Honor View20 Terima Pelbagai Anugerah Pada Acara CES 2019
- Reka Bentuk Konsep iPhone Boleh Lipat Didedahkan, Tampil Berbeza Dari Model Samsung
- Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini
- Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable