iPhone 2018 Mungkin Tidak Didatangkan Bersama Adapter 3.5mm

Diawal pengeluaran iPhone 7 hampir dua tahun yang lepas, peminat iPhone berasa sedikit kecewa kerana Apple membuang port 3.5mm.

Agak menyusahkan bagi pengguna yang masih meggunakan fon kepala berwayar kerana mereka terpaksa menggunakan penyesuai 3.5mm.

Bermula keluaran iPhone 7 sehingga model terkini, Apple menyertakan sekali penyesuai terbabit didalam kotak.

Perkhabaran terbaru dilihat menyatakan penyesuai 3.5mm tidak akan disertakan sekali bagi keluaran 2018. Ia jelas memberi petunjuk pengguna terpaksa mengeluarkan duit untuk membelinya secara berasingan.

Berdasarkan kenyataan dari Barclays, Cirrus Logic pembekal penyesuai 3.5mm untuk Apple telah "mengesahkan" perkara berkenaan.

Hal ini adalah kerana Apple dikatakan mahu merealisasikan "masa depan tanpa wayar" dalam ekosistem mereka.

Di Malaysia, penyesuai lightning ke bicu 3.5mm dijual pada harga RM46.

Sumber: MacRumours