Sayang Akaun Facebook Anda? Ikuti Langkah Berikut Untuk 'Backup' Data Dari Akaun Facebook

Pernah terlupa kata laluan dan e-mel Facebook sehingga menyebabkan anda terpaksa membuka akaun yang baru?

Adakah anda pernah menjadi mangsa godam sehingga kehilangan semua data-data penting di dalam akaun Facebook?

Anda pasti sedih kerana semakin lama kita menggunakan Facebook, semakin banyak data berharga yang mahu kita simpan.

Jangan khuatir kerana artikel kali ini akan mengajar anda cara mudah untuk membuat salinan data dari akaun Facebook dan selepas itu anda boleh simpakan ia ke dalam pendrive atau storan yang lain.

Tetapi sebelum itu mari kita lihat dahulu data berharga yang ada pada akaun Facebook:

  • Gambar yang dimuat naik

  • Aplikasi yang ditambah pada Facebook

  • Destinasi yang anda 'check in'

  • Setiap status yang dimuat naik

  • Senarai rakan

  • Log aktiviti

  • Mesej dan chat


Pasti anda tidak mahu kehilangan data yang disebutkan diatas, betul tak?

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah pergi ke:

 

  • Tekan anak panah yang menghala kebawah seperti gambar dibawah


1.arrow

 

  • Pilih Settings dari senarai yang dipaparkan
    2.settings


 

  • Pada halaman General Account Settings, tekan Download a copy of your Facebook data.


3.download copy

 

  • Seterusnya tekan Start My Archive, tetapi...

  • jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang jenis data yang akan di backup itu, bolehlah tekan pada And more.


4.archive

 

  • Facebook akan meminta anda memasukkan kata laluan.
    5.password


 

  • Setelah itu, sila periksa e-mel yang anda gunakan untuk akaun Facebook

  • Facebook akan memberi satu pautan pada e-mel anda bertujuan sebagai langkah keselamatan sebelum muat turun data dilakukan. Tekan pautan tersebut.


6.email

 

  • Ini langkah terakhir, tekan Download Archive dan anda tidak perlu risau kehilangan data Facebook lagi.


7.dload archive

Selamat mencuba.