Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Periscope iPhone 15 pRO max_ Gadget Match

iPhone 16 Pro Max Dikatakan Bakal Tampil Dengan Kamera ‘Super’ Telefoto

Diterbitkan Julai 18, 2023 ยท Dikemas kini Julai 18, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 16 Pro Max berkemungkinan akan menampilkan kamera periskop ‘super’ telefoto bagi meningkatkan zum optikal.

Berkaitan

  • iPhone 16 Pro Dilapor Bawakan Saiz Skrin Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • iPhone 16 Pro Dilapor Mempunyai Peluang Tipis Untuk Dimuatkan Butang 'Solid-State'

Spekulasi terbaharu itu diperoleh daripada peniris terkenal Digital Chat Station (DCS), yang beberapa kali telah memberikan maklumat tepat mengenai rancangan Apple sebelum ini.

Kebiasaannya, label “super” atau “ultra” telefoto diberikan kepada kamera dengan jarak fokus melebihi 300mm. Terdahulu, kamera telefoto bagi model iPhone 13 Pro dan iPhone 14 Pro mempunyai jarak fokus 77mm.

DCS_ iPhone 16 Pro Max Telefoto

Laporan itu tidak menyatakan dengan jelas model yang dimaksudkan dalam siri iPhone 16, namun, ia dipercayai berkaitan dengan iPhone 16 Pro Max berikutan kenyataan sebelum ini.

Jika benar iPhone 16 Pro Max bakal dimuatkan jarak fokus melebihi 300mm, ini bermakna ia merupakan peningkatan yang ketara.

Sementara itu, mengambil kira siri iPhone 15 dijangka akan diperkenal sekitar dua bulan lagi, tumpuan mungkin perlu diberikan kepada siri itu terlebih dahulu.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY