Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

Beberapa Pengguna Lapor iPhone 16 Pro ‘Membeku’ Dan ‘Restart’ Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh Amalina Athman

Terdapat pepijat dengan beberapa model iPhone 16 yang menyebabkan peranti itu membeku dan restart atau mula semula secara rawak, menurut aduan pengguna di Reddit dan Apple Support Community.

Masalah tersebut muncul secara rawak, di mana paparan akan berhenti bertindak balas atau akan menjadi sangat lambat untuk bertindak balas terhadap input sentuhan, dan kemudian menyebabkan iPhone akan restart secara tiba-tiba.

Terdapat juga laporan mengenai iPhone yang restart secara tidak dijangka apabila dalam mod StandBy.

Difahamkan, isu tersebut sudah berlaku sejak model iPhone 16 mula dilancarkan pada September, dan masih berterusan hingga kini. Kemas kini iOS 18.0.1 dan iOS 18.1 beta juga belum membetulkan isu berkenaan, kerana didapati masih berlaku walaupun selepas memasang perisian terkini.

Sesetengah pengguna yang menghubungi Apple sejurus selepas iPhone baharu dilancarkan boleh mendapatkan peranti gantian, tetapi isu itu masih berulang. Hampir semua aduan adalah mengenai iPhone 16 Pro atau ‌iPhone 16 Pro‌ Max, menunjukkan kemungkinan hanya model Pro yang terjejas.

Terdahulu, beberapa pengguna iPhone 16 dan iPhone 16 Pro turut melaporkan isu kehabisan bateri secara berlebihan.

Buat masa ini, belum diketahui bila Apple akan mengeluarkan kemas kini yang akan membetulkan kedua-dua isu tersebut.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Ujian Dedahkan Kelajuan Pengecasan Sebenar Untuk iPhone 16 Pro Max
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • Pengguna iPhone 16 Lapor Isu Bateri Cepat Habis

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY