Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.0.1 Tangani Isu Skrin Tidak Responsif, Pembetulan Pepijat Dan Keselamatan

iOS 18.0.1 Tangani Isu Skrin Tidak Responsif, Pembetulan Pepijat Dan Keselamatan

Diterbitkan Oktober 4, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti dijangkakan, Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.0.1. Kemas kini ini hadir selepas dua minggu iOS 18 dilancarkan kepada umum.

Menurut Apple, iOS 18.0.1 menyediakan pembetulan pepijat untuk iPhone termasuk bagi menangani isu berikut:

  • Skrin sentuh mungkin tidak responsif buat sementara dalam sesetengah keadaan pada model iPhone 16 dan iPhone 16 Pro.
  • Kamera mungkin beku (freeze) semasa merakam video mod makro pada kamera ultralebar dalam 4K dengan HDR dinyahaktifkan pada model iPhone 16 Pro.
  • Aplikasi Messages mungkin tamat di luar jangkaan semasa membalas mesej mengandungi muka Apple Watch yang dikongsi.
  • Prestasi mungkin terjejas disebabkan isu dengan peruntukan memori pada sesetengah model iPhone.

Terdahulu, beberapa pengguna iOS 18 – terutamanya pemilik iPhone 16, menghadapi masalah dengan skrin yang kadangkala tidak responsif terhadap sentuhan.

Berbalik kepada konteks, iOS 18.0.1 juga menyediakan dua tampalan keselamatan penting. Dokumen sokongan Apple mengatakan bahawa kemas kini ini membetulkan pepijat di mana mesej audio dalam aplikasi Messages mungkin merakam “beberapa saat audio” sebelum penunjuk mikrofon pada Dynamic Island diaktifkan.

Ia turut menangani isu keselamatan di mana ciri VoiceOver mungkin membaca kata laluan yang disimpan pengguna dengan kuat.

iOS 18.0.1

Nombor binaan untuk iOS 18.0.1 ialah 22A3370. Kemas kini ini tersedia untuk semua iPhone yang menjalankan iOS 18 dan boleh dilakukan secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong
  • Pengguna Boleh Kekal Dengan iOS 17 Dan Terima Tampalan Keselamatan Terkini
  • Beberapa Pengguna iOS 18 Lapor Isu Skrin Tidak Responsif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY