Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max – 1

iPhone 15 Pro Max Jadi Telefon Pintar Terlaris Pada Suku Pertama 2024

Diterbitkan Mei 7, 2024 oleh ariff bukhari

Apple meneruskan penguasaan telefon pintar global menerusi barisan iPhone 15 mereka selepas iPhone 15 Pro Max menjadi telefon pintar terlaris pada suku pertama tahun 2024.

Menurut Penjejak Bulanan Jualan Model Telefon Pintar Global, Counterpoint Research, varian iPhone 15 Pro Max mencapai kedudukan teratas buat kali pertama, mencerminkan peningkatan trend keutamaan pengguna untuk telefon pintar premium.

Malah kesemua empat varian iPhone 15 dan iPhone 14 adalah antara 10 telefon pintar paling laris.

Top-10-smartphones-in-Q1-2024 1
iPhone 15 Pro Max Jadi Telefon Pintar Terlaris Pada Suku Pertama 2024

Daripada carta di atas dapat dilihat bahawa, Apple dan Samsung mendominasi senarai 10 telefon pintar terlaris  untuk suku pertama 2024 dengan masing-masing menguasai lima kedudukan dengan tidak meninggalkan tempat untuk jenama lain pun.

Ini adalah suku pertama di mana 10 telefon pintar teratas semuanya berkemampuan 5G. Selain itu, trend ke arah model telefon pintar premium adalah jelas dengan 7 daripada 10 telefon pintar teratas adalah model premium.

Ciri-ciri utama yang ditawarkan dalam model premium dilihat mendorong pengguna untuk memilih telefon pintar mewah untuk memastikan peranti mereka kekal relevan dari segi teknologi untuk tempoh yang lebih lama.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Counterpoint Research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY