Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 14 Mungkin Ada Pilihan Varian Dengan Slot eSIM Sahaja

Posted on Januari 27, 2022

Terdahulu, ada khabar angin mendakwa Apple bakal membuang slot kad SIM fizikal dan dikatakan eSIM akan ditawarkan secepat mungkin.

Namun, memetik laporan penganalisis GlobalData Emma Mohr-McClune, beliau berpendapat bahawa Apple tidak akan terus membuang benda asas itu secara mengejut.

Katanya, mungkin Apple akan membuat perkara itu sebagai pilihan. Bermakna, iPhone 14 yang ada eSIM sahaja dan iPhone 14 yang mempunyai kedua-duanya – slot kad nano-SIM Fizikal dan slot eSIM.

Hal ini kerana tidak banyak syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi yang menawarkan eSIM secara global. Jadi, sekiranya tiada slot fizikal, perkara tersebut akan menyusahkan pengguna.

Pertama kali eSIM diperkenalkan oleh Apple adalah pada tahun 2018 menerusi iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Dalam pada itu, selain slot kad SIM fizikal mungkin hilang, Apple juga dijangka akan menghilangkan takuk pada siri iPhone 14 nanti.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • iPhone 14 Mungkin Hadir Dengan Storan Serendah 64GB

  • (Ulasan) iPhone 13 Dari Kaca Mata Seorang Penjilat Android

  • iPhone SE 5G Dijangka Hadir April Nanti, Mungkin Ini Rupa Bentuknya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress