Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setelah Buang Pengecas, iPhone Akan Datang Bakal Hilang Slot Kad SIM Pula

Setelah Buang Pengecas, iPhone Akan Datang Bakal Hilang Slot Kad SIM Pula

Diterbitkan Disember 27, 2021 ยท Dikemas kini Disember 27, 2021 oleh Meor Hasyim

Tahun 2016, Apple telah membuang lubang 3.5mm pada iPhone mereka dan kemudiannya menjadi ikutan ramai jenama-jenama lain.

Tahun 2020, sekali lagi Apple membuang sesuatu pada iPhone mereka, kali ini pengecas pula dan masih turut menjadi inspirasi jenama lain untuk mengikut sama.

Tahun 2023, Apple dikatakan akan membuang slot kad SIM pula.

Ini adalah apa yang dilaporkan oleh laman web Brazil yang menjelaskan itu akan terjadi pada iPhone 15 Pro nanti.

Laporan itu menceritakan iPhone 15 Pro akan dilengkapi dengan 2 eSIM untuk mewujudkan fungsi 2 SIM justeru melenyapkan terus keperluan slot kad SIM secara fizikal.

Buat masa ini, iPhone sekarang sememangnya menyokong fungsi 2 SIM namun ia secara hibrid – 1 eSIM digital dan 1 nano SIM.

Setelah Buang Pengecas, iPhone Akan Datang Bakal Hilang Slot Kad SIM Pula
iPhone Xs – iPhone pertama dengan sokongan eSIM

Pun begitu, memandangkan 2023 pun lama lagi, ura-ura ini sudah tentu perlu disambut secara skeptik memandangkan sumber laporan bukannya dari yang kukuh atau dipercayai seperti Ming-Chi Kuo atau lain-lain.

Secara logik dan menyambut ura-ura ini sebagai berita baik, pembuangan slot kad SIM juga turut membolehkan iPhone mempunyai tahap kalis air lebih jitu dan juga membenarkan komponen atau teknologi lain menggantikan ruang fizikal itu.

Sumber: Blog do iPhone

Baca juga:

  • Kenali Teknologi eSIM Dan Kelebihan Yang Terdapat Padanya
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone
  • Ini Peranti Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY