Model yang mempopularkan rekaan takuk pada skrin, iPhone X menggunapakai RAM 3GB dan seterusnya diikuti dengan siri iPhone 11 yang lengkap bersama RAM 4GB.
Berdasarkan laporan daripada MacRumours, penganalisis menyatakan Apple akan menaik taraf memori RAM bagi model iPhone 12 Pro serta Pro Max kepada 6GB yang mana pelancarannya mungkin dibuat sekitar September 2020.
Selain daripada itu, kedua-dua model turut diramal tampil dengan ciri 3D sensing pada kamera bahagian belakang. Dalam pada itu, model asas iaitu iPhone 12 disebut kekal dengan RAM 4GB.
Ketiga-tiga model generasi terbaru ini dijangka mempunyai sokongan rangkaian 5G, tetapi tidak dinyatakan sama ada menerusi mmWave atau sub 6GHz.
Sebuah lagi model iaitu iPhone SE 2, dikatakan akan dimulakan penghasilannya pada Februari. Seperti khabar-khabar angin yang lepas, ia tampil dengan rekaan seperti iPhone 8 yang mempunyai skrin 4.7 inci serta butang Touch ID tetapi diperkuatkan bersama komponen dalaman lebih berkuasa iaitu cip A13 dan RAM 3GB.
Sumber: MacRumours
Berkaitan
- KLIA Dan KLIA 2 Alami Gangguan Selular Selama 3 Bulan Untuk Beri Ruang Kerja Naik Taraf
- Kaunter Pasport Jabatan Imigresen Seluruh Negara Akan Ditutup 8 April Ini Untuk Kerja-Kerja Naik Taraf Sistem myIMMS
- Huawei Mate 10 Pro Warna Merah Jambu Emas Akan Dijual 8 Februari Ini
- Samsung Sambung Semula Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+
- Black Shark 2 Pro Diumumkan - Snapdragon 855+ Dan Bateri 4000mAh Bateri
- Boleh Dapatkan Garmin Pada Potongan Harga Sempena Promosi Bulan Merdeka
- Instagram Akan Memainkan Semua Video Dengan Bunyi Sebaik Sahaja Ia Ditetapkan
- Permainan Mudah Alih Dengan Watak Chuck Norris Sudah Boleh Dimuat Turun Sekarang
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599
- NASA Uji Helikopter Mini, Bakal Diterbangkan Di Marikh Pada 2021