Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Meningkatkan Kapasiti Pengeluaran AirPods, Masih Belum Mampu Memenuhi Permintaan

iPhone 12 Mungkin Akan Didatangkan Sekali Bersama AirPods

Diterbitkan November 30, 2019 · Dikemas kini November 30, 2019 oleh ariff bukhari

Kalau betul, berbaloi tunggu…

Menurut laporan oleh laman berita Taiwan Digitems mendakwa, Apple mungkin akan menawarkan sekali peranti fon telinga AirPods bersama iPhone 12 secara percuma.

Jika khabar angin ini benar, bermakna Apple mengikuti jejak Samsung yang memang tersedia memberikan sekali fon telinga Galaxy Buds bersama Samsung Galaxy S10.

Ketika ini, pembeli perlu membeli secara berasingan fon telinga tanpa wayar AirPods yang berharga dari RM699.00 bagi model Gen-1,  AirPods Gen-2 yang berharga RM879.00 atau model premium AirPods Pro yang berharga RM1,099.00.

Walaubagaimanapun, khabar angin ini mungkin sedikit lemah faktanya berdasarkan reputasi laman Digitimes yang kebiasannya kurang tepat jangkaan mereka khususnya terhadap produk-produk Apple.

Buat masa ini, Apple hanya menawarkan fon telinga EarPod yang menggunakan sambungan Lightning bersama iPhone 11.

Jadi mungkin Apple patut turut mengikuti jejak Samsung dengan menawarkan AirPods kepada pembeli iPhone 12 nanti memandangkan tiada lagi bicu audio 3.5mm pada barisan model iPhone terbaru.

Sumber:  MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY