Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12

iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Bateri Cepat Habis

Diterbitkan Disember 3, 2020 oleh Amalina Athman

Beberapa pengguna iPhone 12 kini melaporkan masalah bateri cepat habis, walaupun dalam keadaan tidak aktif. Masalah bateri cepat habis ini bukanlah perkara baharu bagi iPhone.

Perkara ini dilaporkan oleh pengguna Master26A melalui Apple Support Forum, di mana masalah tersebut berlaku pada iPhone 12 Pro. Menurutnya, bateri iPhone 12 Pro cepat habis walaupun dalam keadaan tidak aktif dengan hampir tiada aktiviti latar belakang pada kadar penurunan 4% setiap jam.

Masalah yang sama turut berlaku walaupun tidak menggunakan data atau menyahaktifkan data 5G.

bateri cepat habis iPhone 12

bateri cepat habis iPhone 12

Dalam pada itu, seorang jurutera (bukan Apple) turut memperlihatkan carta penggunaan bateri yang sama sahaja walaupun tidak digunakan. Ia tidak sepatutnya mempunyai pengurangan bateri yang sama bagi mod standby dan aktif – terutamanya apabila mod Low Power turut diaktifkan.

iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Bateri Cepat Habis

Seorang pengguna yang mengalami masalah sama juga telah menjalankan diagnostik melalui Apple Support dan mendapati tiada masalah yang ditemui pada bateri.

Dengan itu, masalah ini dipercayai adalah disebabkan pepijat dalam perisian iOS. Berikutan pelbagai laporan lain juga telah diterima oleh Apple, isu ini dijangka akan dibaik pulih melalui kemas kini iOS akan datang.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY