Apple melalui acara yang berlangsung sebentar tadi telah pun mengumumkan empat model terbaharu bagi iPhone 12. Kini, seiring dengan pengumuman itu, Apple secara rasmi telah menamatkan pengeluaran iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
Namun, bagi anda yang ingin mendapatkan model iPhone pada tahun lalu, iPhone 11 masih boleh diperoleh dengan potongan harga kekal. Ia kini ditawarkan pada harga bermula RM2,899.
Selain itu, iPhone XR yang dilancarkan pada tahun 2018 juga telah dikemaskini dengan harga baharu, bermula pada RM2,399.
Sama seperti penawaran pada iPhone 12, pembelian iPhone 11 dan iPhone XR tidak lagi disertakan kepala pengecas mahupun EarPods. Hanya kabel pengecasan USB-C ke Lightning yang disertakan dalam kotak pembelian.
Kemaskini harga penuh bagi kedua-dua peranti ini adalah seperti berikut:
iPhone 11
- 64GB – RM2899
- 128GB – RM3099
- 256GB – RM3599
iPhone XR
- 64GB – RM2399
- 128GB – RM2599
Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, layari laman Apple Malaysia.