Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199

iPad Mini (2024) Dilengkapi RAM Sebesar 8GB – Geekbench

Diterbitkan Oktober 21, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Pada minggu lalu, Apple telah melancarkan model baharu dalam siri tabletnya iaitu iPad Mini dengan cip A17 Pro selepas 3 tahun model sebelumnya diperkenal kepada dunia.

iPad mini gen 7_3

Di Malaysia, harga rasminya bermula serendah RM2,199 untuk varian 128GB tanpa sokongan selular. Baca lanjut di SINI.

Terbaru. Geekbench melalui ujiannya telah mengesahkan bahawa iPad Mini (2024) ini dilengkapkan dengan RAM sebesar 8GB.

Ini selari dengan apa yang laporan-laporan sebelum ini yang mengatakan Apple hanya akan memberikan sokongan terhadap Apple Intelligence kepada peranti yang mempunyai RAM sebesar 8GB sahaja, bermula dengan siri iPhone 15 Pro.

geekbench ipad mini 2024 8gb ram

Menurut ujian Geekbench juga, markah diperoleh peranti ini ialah 2817 bagi teras tunggal dan 6982 bagi teras berbilang.

Bagi yang tertanya-tanya, ciri kecerdasan buatan yang diberi nama Apple Intelligence akan tiba ke peranti ada pada penghujung Oktober dalam kemas kini iOS 18.1, iPadOS 18.1 dan MacOS Sequoia 15.1.

Untuk makluman, selari dengan pelancarkan iPad Mini baharu, harga iPad Pro (M4) dan iPad Air (M2) juga telah diturunkan. Baca lanjut di SINI.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Bloomberg: iOS 18.1 Dengan Apple Intelligence Akan Tiba Hujung Bulan Ini
  • Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199
  • Apple Turunkan Harga iPad Pro Dan iPad Air

Sumber: Geekbench, Mark Gurman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY