Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro iPad Air

Apple Turunkan Harga iPad Pro Dan iPad Air

Diterbitkan Oktober 17, 2024 oleh Amalina Athman

Baru sahaja dilancarkan pada Mei lalu, Apple kini menurunkan harga bagi iPad Pro dengan cip M4 dan iPad Air (cip M2).

Secara ringkas, iPad Air menampilkan cip pemproses M2, storan sehingga 1TB serta dimuatkan kamera hadapan di bahagian sisi atau mod landskap. Ia didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Space Grey, Blue, Purple dan Starlight.

iPad AIr 2024 1

Untuk iPad Pro, ia menggunakan cip M4 yang dikatakan mempunyai prestasi 4 kali lebih baik berbanding cip M2. Dua pilihan warna tersedia iaitu Space Black dan Silver, serta mempunyai pilihan storan sehingga 2TB.

iPad Pro 2024

Sewaktu pelancaran, iPad Air dan iPad Pro masing-masing diletakkan harga bermula RM2,999 dan RM5,299.

Dengan kemas kini harga baharu, iPad Air untuk model 11-inci dan 13-inci masing-masing kini ditawarkan pada harga bermula RM2,599 dan RM3,499. Sementara itu, iPad Pro 11-inci dan 13-inci pula tersedia dengan harga bermula RM4,499 dan RM5,899.

Dalam perkembangan lain, Apple baru-baru ini turut melancarkan iPad mini dengan cip A17 Pro.

Berkaitan

  • Apple Turunkan Harga iPad, Kini Hanya Dari RM1,799
  • iPad Pro, iPad Air Baharu Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM2,999
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY