Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024

Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024

Diterbitkan Januari 7, 2023 · Dikemas kini Januari 7, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor telah memaklumkan kepada pembekal bahawa rancangan pengeluaran dan penghantaran iPhone SE 4 pada tahun 2024 telah dibatalkan.

Berkaitan

  • Apple Naikkan Harga Jualan iPhone SE 2022 Untuk Pasaran Malaysia
  • Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR
  • Kuo: Apple Mungkin Batal Atau Tangguhkan Pengeluaran iPhone SE 4

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo sebelum ini mengatakan pengeluaran iPhone SE 4 mungkin dibatalkan atau ditangguhkan. Namun, beliau kini percaya bahawa peranti itu akan dibatalkan, dan bukannya ditangguhkan.

Kuo berkata, Apple pada mulanya merancang untuk memperkenalkan cip 5G buatannya sendiri untuk iPhone SE 4. Ia bertujuan untuk menguji cip 5G itu terlebih dahulu, sebelum melancarkannya pada model iPhone 16, bagi memastikan prestasi sebenar.

Bagaimanapun, dengan pembatalan iPhone SE 4, perkara itu mungkin tidak akan berlaku. Sebaliknya, Kuo berkata kemungkinan Apple akan terus bergantung pada Qualcomm untuk cip 5G pada tahun 2024, termasuk untuk siri iPhone 16. Sekali gus, ia memberikan kelebihan kepada Qualcomm untuk kekal eksklusif sebagai pembekal cip 5G Apple.

Gambar utama: fpt

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY