Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipados 17 wwdc23

iPadOS 17 – ‘Lock Screen’ Seperti iPhone, Health Dan Widget Interaktif

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam iPadOS yang dipersembah Apple dalam WWDC 2023 tadi, yang ketara yang dibawakan ialah berkenaan wallpaper, lockscreen dan widget.

ipados wwdc23 – 8

Hias latar atau wallpaper dan skrin kunci pada iPad kini boleh diubah serupa dengan yang ada pada iOS.

Bagi skrin kunci, anda boleh tambah widget yang lebih banyak daripada iOS seperti pada kiri dan kanan.ipados wwdc23 – 4

Ya, anda boleh tetapkan beberapa set skrin kekunci sama seperti pada iOS sekarang.

ipados wwdc23 – 9

Widget pada iPad juga lebih bersifat interaktif kerana pengguna boleh mainkan lagu, tetapkan peranti rumah pintar melalui Home Widget dan tanda kerja yang sudah siap, langsung melalui widget saja.

ipados wwdc23 – 10 ipados wwdc23 – 11 ipados wwdc23 – 12

Stage Manager juga ditambah baik.

Selain itu, iPad juga menyokong pemasa (Timer) yang banyak dalam satu masa.

ipados wwdc23 – 14

Bagi aplikasi pula, Health kini hadir pada dan datanya diselaraskan bersama peranti lain seperti iPhone dan Apple Watch.

ipados wwdc23 – 20

Untuk PDF pula, sistem operasi terbaru ini boleh kesan ruang untuk diisi pengguna dan anda boleh terus isi dokumen tersebut.

ipados wwdc23 – 22

Ini termasuklah dokumen yang diimbas melalui kamera iPad.

ipados wwdc23 – 26 ipados wwdc23 – 25

Bukan itu saja, malah PDF dengan Notes juga dapat digunakan bersama.

ipados wwdc23 – 33

Bercakap tentang Notes, pengguna kini dapat menyunting satu-satu nota dengan pengguna lain dalam masa sama pad peranti berbeza.

ipados wwdc23 – 28

ipados wwdc23 – 32

Misalnya, digunakan untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Malah, FaceTime juga dapat digunakan bersama melalui Notes.

Tidak lupa juga, aplikasi baharu seperti Journal pada iOS17 turut sama akan hadir pada iPadOS 17.

Sumber: Apple

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY