Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios update

iOS 16.3 Dan iOS 15.7.3 Baik Pulih Sejumlah Kelemahan Keselamatan

Diterbitkan Januari 24, 2023 ยท Dikemas kini Januari 24, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 16.3 bersama beberapa kemas kini perisian yang lain. Selain ciri baharu dan pembetulan pepijat, versi baharu ini turut menawarkan sejumlah tampalan keselamatan.

Tidak hanya untuk peranti yang menjalankan iOS 16, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 15.7.3 untuk pengguna peranti yang menjalankan iOS 15.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia

Menurut laman web Apple Support, iOS 16.3 membetulkan eksploitasi keselamatan yang terdapat dalam versi sistem operasi sebelumnya. Ini termasuk tampalan pada AppleMobileFileIntegrity, ImageIO, Kernel, Mail, Maps, Safari dan WebKit.

iOS 16.3 Dan iOS 15.7.3 Baik Pulih Sejumlah Kelemahan Keselamatan

Sementara iOS 15.7.3 membaik pulih kelemahan keselamatan pada Kernel, Mail Exchange, Maps dan Screen Time.

Dinyatakan, kerentanan keselamatan dalam Maps untuk kedua-dua kemas kini iOS membolehkan aplikasi lain memintas keutamaan Privasi.

Dalam eksploitasi keselamatan lain yang berkaitan WebKit pada iOS 16.2, yang merupakan enjin untuk Safari dan pelayar web lain pada iOS, Apple menggariskan dua eksploitasi yang boleh membawa kepada pelaksanaan kod berniat jahat sewenang-wenangnya.

Kebanyakan tampalan ini turut tersedia untuk pengguna Mac dengan macOS Ventura 13.2, pengguna Apple TV dengan tvOS 16.3 dan pengguna Apple Watch dengan watchOS 9.3.

Senarai penuh tampalan keselamatan yang tersedia dalam kemas kini terbaharu boleh dilihat melalui Apple Support.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY