Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 14

iOS 14 Rasmi Untuk Semua Bermula Esok

Diterbitkan September 16, 2020 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, tiada pengumuman mengenai siri iPhone akan datang yang didedahkan dalam acara “Time Flies”. Namun, khabar gembira buat pengguna iPhone sedia ada apabila Apple mengumumkan kemaskini iOS 14 akan dilepaskan bermula esok.

iOS 14 Rasmi Untuk Semua Bermula Esok

iOS 14 diperkenalkan dengan pelbagai penambahan ciri baharu. Antara perubahan paling ketara dalam iOS 14 berbanding versi iOS sebelum ini adalah reka bentuk antaramuka Home Widget dan ciri Picture-in–Picture. Ia turut membawakan ciri terjemahan terbina serta privasi dan keselamatan yang lebih baik pada pelayar Safari.

Antara ciri lain dalam iOS 14 termasuk penambahbaikan bagi aplikasi Messages, penunjuk arah berbasikal dalam Maps, notifikasi bagi panggilan masuk, rekaan baru aplikasi Music dan sebagainya.

Kemaskini iOS 14 akan ditawarkan untuk semua pengguna iPhone bagi model iPhone 6s dan ke atas bermula esok. Tidak hanya itu, Apple menyatakan kemaskini iPadOS 14, watchOS 7 dan tvOS 14 juga akan dilepaskan pada tarikh yang sama.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY