Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Senarai Rasmi Peranti Apple Yang Menyokong iOS 13

iOS 13 Akan Dilepaskan Kepada Pengguna iPhone Pada 20 September Ini

Diterbitkan September 11, 2019 oleh ariff bukhari

Semak dahulu model iPhone anda.

Dalam acara istimewa Apple yang baru sahaja selesai sebentar tadi, Apple telah memperkenalkan barisan model iPhone 11 dan produk-produk mereka yang lain. Walaubagaimanapun tiada sebarang pengumuman tarikh sistem operasi iOS 13 akan dilepaskan kepada pengguna iPhone.

Tetapi menerusi semakan di laman muka iOS 13 memaparkan ia akan dilepaskan kepada pengguna iPhone bermula dari 20 September 2019.

Buat masa ini versi iOS 13 beta masih dalam peringkat pembangunan yang hanya boleh digunakan oleh pembangun yang berdaftar dan pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja.

Pengguna iPhone yang boleh menaik taraf kepada iOS 13 pula adalah mereka yang menggunakan model-model iPhone berikut:-

  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod touch (Generasi ke- 7)

Jadi sementara menunggu iOS 13, anda bolehlah membuat salinan (backup) terhadap iPhone anda dahulu bagi mengelakkan sebarang kehilangan data yang boleh berlaku ketika proses kemas kini iPhone dibuat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY