Internet Tanpa Had Percuma Untuk Semua Pelanggan Celcom Sempena Tahun Baru

Tahun baru 2019 bakal menjelma tidak lama lagi dan bagi meraikannya, Celcom telah mengumumkan sesuatu yang menarik untuk pelanggan mereka.

Bersempena tahun baru ini, tawaran internet tanpa had akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan Celcom, pascabayar mahupun prabayar, bermula 1 pagi sehingga 7 pagi pada tarikh 1 Januari 2019.

Pengguna perlu tebus untuk menikmati penawaran melalui aplikasi Celcom Life

  • Muat turun aplikasi dan pergi ke bahagian "My Notification"

  • Pilih "Free Internet On Us" dan klik "Redeem Now"


atau tebus tawaran dengan mendail *118*1#,

  • Pilih "Free Internet On Us"

  • Pilih "Redeem"


Ia hanya boleh ditebus sekali sahaja dan penggunaan selepas 7 pagi (1 Januari 2019) akan dikenakan cas kepada kuota internet pengguna seperti biasa. Tebus sekarang kerana proses penebusan akan tamat pada 11.59 malam esok (31 Disember 2018).

Sumber: Celcom