Terdiri daripada Core i3, i5 dan i7.
Intel di pameran teknologi Computex 2019 telah pun melancarkan cip pemprosesan generasi terbaru Intel Core Generasi ke-10 (kod nama Ice Lake yang berasaskan teknologi 10nm.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan cip terbaru ini, Intel telah pun perkenalkan secara tertutup Ice Lake di dalam pembentangan 2019 Investor Meeting pada awal Mei lalu. Kemudian mereka juga turut perlihatkan lebih awal sedikit keupayaan cip tersebut sehari sebelum bermulanya Computex 2019.
Kini di pameran tersebut, mereka secara rasminya mendedahkan Ice Lake sebagai cip pemrosesan generasi ke-10 bagi Intel Core.
Menurut Intel, cip pemprosesan generasi terbaru mereka ini yang dilengkapi dengan grafik terbina dalam Iris Plus mampu meningkatkan keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga 2.5 kali peningkatan.
Malah Iris Plus juga didakwa mampu meningkatkan sehingga 2 kali prestasi grafik serta 3 kali kepantasan sambungan tanpa wayar menerusi teknologi Wi-Fi 6.
Walaupun teknologi grafik Intel mungkin bukanlah yang terbaik bagi para peminat permainan video komputer, tetapi Intel mendakwa Iris Plus mampu menyokong sehingga 3 paparan monitor 5K (60hz).
Intel membangunkan cip Intel Core generasi ke-10 ini bagi barisan Intel Core i3, i5 dan i7 khusus untuk digunakan pada komputer riba dan peranti tablet yang nipis.
Para syarikat pengeluar komputer sudah pun mula menerima cip pemprosesan terbaru Intel ini dan dijangka komputer-komputer riba keluaran terbaru seperti Acer, Dell, HP dan lain-lain akan mula memasarkan komputer riba mereka dengan cip terbaru Intel tidak lama lagi pada tahun ini.
P/s: Buat masa ini Intel masih belum mengemaskini senarai cip pemprosesan mereka dengan memasukkan intel Ice Lake ke laman rasmi mereka. Artikel ini akan dikemaskini apabila mereka sudah berbuat demikian lengkap berserta spesifikasi bagi setiap versi cip pemprosesan tersebut.
Berkaitan
- Kemas Kini Windows 10 May 2020 Menimbulkan Masalah Serius Pada Storan Intel Optane
- Intel Hadir Dengan 18 Cip Pemprosesan Terbaru Intel Core Generasi Ke-9 Bagi Komputer Meja
- Cara Mengemas Kini Pemacu Cip Intel, AMD Dan Nvidia Secara Manual
- Foto Dicetak Oleh SELPHY CP1500 Mampu Bertahan Sehingga 100 Tahun
- ASUS Zenbook 14 OLED Dengan Cip Intel Ultra Berkuasa AI Tiba Di Malaysia
- Cara Menggunakan Microsoft Office Secara Percuma
- Microsoft Office Adalah Aplikasi Yang Paling Banyak Berdepan Serangan Siber Sepanjang 2019
- Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Perisian Office 2010 Pada Tahun Hadapan
- 'Gamers' Memilih Cip Intel Berbanding AMD - STEAM
- Intel Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Edisi Marvel Avengers