Juga preview cip pemprosesan 10nm terbaru (Ice Lake) bagi komputer riba.
Intel hari ini telah perlihatkan lebih awal cip pemprosesan edisi khas generasi ke-9 Intel Core i9-9900KS serta preview awal cip perosesan 10nm terbaru yang mereka bangunkan, khusus untuk peranti mudah alih yang menggunakan kod nama Ice Lake.
Intel mengatakan, cip pemprosesan edisi khas generasi ke-9 Intel Core i9-9900KS merupakan versi cip pertama mereka yang menyokong kuasa pemprosesan 8 teras pada frekuensi turbo 5.0Ghz. Malah Intel menyatakan ia sebagai cip pemprosesan paling berkuasa di dunia bagi permainan video komputer meja.
Bagi cip pemprosesan terbaru Intel 10nm Ice Lake yang telah pun dipertontonkan dalam Intel’s Investor Meeting pada awal bulan ini, ia merupakan cip generasi terbaru Intel yang dilengkapi dengan enjin grafik GPU terbina dalam (Gen11) yang dapat meningkatkan prestasi rendering visual.
Intel mendakwa, GPU Gen 11 akan dapat meningkatkan prestasi grafik cip Intel Ice Lake hampir 2 kali ganda berbanding prestasi grafik yang ada pada cip Intel generasi ke-9.
Info penuh berkaitan prestasi dan keupayaan kedua-dua cip pemprosesan Intel terbaru ini akan hanya diketahui dalam pembentangan oleh Intel pada pembukaan Computex 2019 esok.
Berkaitan
- ASUS Zenbook 14 OLED Dengan Cip Intel Ultra Berkuasa AI Tiba Di Malaysia
- Intel Menjual Perniagaan Storan Dan Memori NAND Pada SK hynix Pada Harga USD9 Bilion
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- Intel Core i7 Dan GeForce RTX Menguasakan Komputer Meja Berprestasi Tinggi MSI PRO DP180
- 'Gamers' Memilih Cip Intel Berbanding AMD - STEAM
- Intel Memperbetulkan Sebanyak 29 Isu Keselamatan Pada Cip Pemprosesan Mereka
- ADATA Umum Memori Dan Storan SSD Berprestasi Mereka Sokong Penuh Intel Core Gen 14
- Ujian Geekbench AMD Ryzen 9 3950X Didapati Mengatasi Intel Core i9-9980XE
- Intel Menggunakan Struktur Nombor Baru Bagi Cip Pemprosesan Mereka
- Intel Menukar Logo Dan Bunyi Ikonik "Bong"