Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Melihat Jauh Dalam Mengalukan Kedatangan Era Perkomputeran Yang Baru

Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019

Diterbitkan Januari 25, 2020 oleh ariff bukhari

Meningkat sebanyak 2% berbanding tahun 2018.

Intel dalam laporan rasmi Intel Reports Fourth-Quarter and Full-Year 2019 Financial Results memberitahu bahawa, mereka telah  berjaya memperoleh rekod pendapatan sehingga USD72 bilion pada tahun 2019 lalu.

Menurut Intel, jumlah itu meningkat sebanyak 2% barbanding tahun sebelumnya di mana pada tahun 2018 dahulu mereka mencapai pendapatan sebanyak USD70.8 bilion.

Intel juga memaklumkan menerusi operasi syarikat, mereka telah menjana rekod pendapatan tunai berjumlah USD33.1 bilion, membayar dividen sebanyak USD5.6 bilion dan membelanjakan sebanyak USD13.6 bilion bagi membeli semula 272 juta perkongsian stok.

Kejayaan rekod pendapatan itu dicapai ketika Intel turut membelanjakan sebanyak USD13.4 bilion untuk penyelidikan dan pembangunan serta mengurangkan perbelanjaan sehingga 27% daripada jumlah keseluruhan pendapatan yang diperolehi itu.

Daripada jumlah itu juga, sebanyak USD20 bilion telah berjaya dicapai hanya dalam tempoh 3 bulan terakhir pada suku keempat tahun 2019.

Sepanjang tahun lalu, secara keseluruhan rekod jualan komputer dari pelbagai jenama komputer menunjukkan peningkatan yang ketara.

jualan komputer 2019
Unit adalah dalam juta. Sumber: Statista

Walaubagaimanapun untuk tahun 2020 ini, Intel berkata mereka menjangkakan akan mampu mencapai rekod pendapatan sehingga USD73.5 bilion.

Ia berikutan jangkaan situasi jualan komputer yang mungkin akan sedikit merosot sepanjang tahun 2020.

Intel menjangka pada suku pertama 2020 ini, mereka akan mencapai rekod pendapatan berjumlah USD19 bilion.

Sumber: Thurrott

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY