Kerjasama sebelum ini dicapai menerusi pembangunan cip Intel Kaby Lake-G.
Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan kerjasama bersama pihak AMD dalam pembangunan cip pemprosesan mereka.
Kerjasama antara pihak Intel dan AMD yang dicapai dalam tahun 2017 lalu telah berjaya membangunan cip pemprosesan Intel Kaby Lake-G yang menjadi perhatian ramai.
Walaubagaimanapun, selepas 2 tahun kerjasama itu, Intel memaklumkan mereka akan berhenti menerima tempahan untuk cip pemprosesan tersebut bermula bulan Januari tahun hadapan.
Namun begitu, penamatan kerjasama ini dilihat tidak memberi kesan pada pihak Intel mahupun AMD.
Penamatan kerjasama ini mungkin disebabkan oleh sambutan terhadap komputer-komputer keluaran daripada beberapa jenama popular komputer riba seperti HP dan Acer yang kurang mendapat sambutan daripada pengguna.
Intel Kaby Lake-G merupakan cip pemprosesan generasi ke-8 dari Intel yang dimuatkan dengan kuasa grafik terbina dalam dari AMD Radeon Vega.
Intel turut memaklumkan, mereka akan menerima pesanan cip pemprosesan ini dari pihak pengeluar komputer hanya sehingga 31 Januari 2020 nanti serta memasarkannya sehingga 31 Julai tahun hadapan.
Antara model-model cip Intel Kaby Lake-G adalah Intel® Core™ i7-8709G Processor with Radeon™ RX Vega M GH graphics, Intel® Core™ i5-8305G Processor with Radeon™ RX Vega M GL graphics dan Intel® Core™ i5-8305G Processor with Radeon™ Pro WX Vega M GL graphics.
Sumber: Market Realist
Berkaitan
- Wanita 'Mengandung' Gagal 'Import' Lebih 200 iPhone Dan Cip Intel
- Cara Mengemas Kini Pemacu Cip Intel, AMD Dan Nvidia Secara Manual
- Intel Menukar Logo Dan Bunyi Ikonik "Bong"
- Macbook M1 Tidak Sebagus Komputer Intel Core Generasi Ke-11 - Intel
- Aplikasi Intel Graphics Command Center Ditambah Baik Dengan Rekaan Dan Ciri Terbaru
- Intel Core i7 Dan GeForce RTX Menguasakan Komputer Meja Berprestasi Tinggi MSI PRO DP180
- 2 Kecacatan Ditemui Pada Ciri Keselamatan Perisian Intel
- AMD Respon Terhadap Laporan Isu Prestasi Siri Ryzen 7000
- Komputer Riba Acer Swift 3 OLED Dan Spin 5 2022 Dikuasakan Oleh Intel Evo
- Intel Memperbetulkan Sebanyak 29 Isu Keselamatan Pada Cip Pemprosesan Mereka