Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Digodam: Fail Sulit 20GB Mula Disebarkan

Intel Digodam: Fail Sulit 20GB Mula Disebarkan

Diterbitkan Ogos 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Perkhabaran baru dalam dunia teknologi hari ini memperlihatkan syarikat teknologi terkemuka, Intel, telah digodam dengan melibatkan kebocoran data penting.

Menurut Tom’s Hardware, penggodam telah menyebarkan pautan ke fail berkapasiti 20GB yang mengandungi maklumat teknikal berkaitan cip. Data tersebut dikatakan sudah dicuri sejak awal tahun lagi.

Intel menyatakan bocoran data itu datang dari Intel Resource and Design Center dan berkemungkinan besar, data-data tersebut dimuat turun dan disebarkan oleh individu yang mempunyai akses kepada bahagian tersebut.

Antara kebimbangan yang muncul rentetan godaman ini adalah pihak tidak bertanggungjawab mungkin membangunkan perisian hasad dari kod sumber teknologi milik Intel. Pihak Intel kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai isu yang sedang dihadapi ini.

Sumber: Tom’s Hardware via TechRadar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY