Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Bekerjasama Dengan Ferrari, BMW, Nissan, SAIC Motor, Volkswagen, Dan Paramount Pictures

Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Dalam Diam Cuba Melobi Kerajaan A.S Supaya Menamatkan Sekatan Ke Atas Huawei

Diterbitkan Jun 18, 2019 oleh ariff bukhari

Ia adalah bagi memastikan supaya bisnes mereka dapat terus berkembang dan berjalan lancar.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB) di White House telah meminta sekatan perdagangan yang dilaksanakan ke atas Huawei oleh A.S ditangguhkan bagi tempoh sehingga 2 tahun lagi.

Kini terdapat pula laporan yang mendakwa syarikat pengeluar cip pemprosesan dari A.S termasuklah Intel dan Qualcomm telah cuba melobi kerajaan A.S supaya menghentikan sekatan terhadap Huawei.

Ataupun sekurang-kurangnya meringankan sekatan yang dikenakan terhadap Huawei. Tetapi permintaan itu bukanlah pula bagi membantu Huawei, sebaliknya adalah bagi mengurangkan kesan yang diterima oleh syarikat-syarikat A.S yang mempunyai urusan bersama dengan Huawei.

Dilaporkan, pada tahun 2018 sahaja, Huawei telah membelanjakan lebih daripada USD11 bilion bagi mendapatkan komponen produk mereka daripada pembekal cip pemprosesan dari A.S. Ini termasuklah Qualcomm, Intel dan Micron Technology Inc.

Maka, sekatan yang dibuat ke atas Huawei pastinya telah turut menjejaskan perniagaan mereka kerana Huawei merupakan salah satu pelanggan terbesar bagi syarikat-syarikat A.S tersebut.

Ketika ini, Huawei telah disenarai hitamkan oleh kerajaan A.S yang menyebabkan mereka tidak boleh berurusan dengan mana-mana syarikat dari A.S berikutan tuduhan aktiviti intipan yang disyaki dibuat oleh syarikat gergasi China itu terhadap keselamatan negara A.S.

Malah kerajaan A.S juga turut memberikan amaran terhadap kemungkinan produk-produk elektronik yang popular dari China seperti dron DJI juga mungkin mengancam keselamatan A.S.

Malah turut timbul dakwaan terbaru yang mencurigai kemungkinan komponen peralatan yang dipasang pada pesawat pejuang F-35 yang dimiliki A.S dan UK turut digunakan sebagai cara kerajaan China mengintip mereka.

Dakwaan itu berikutan salah sebuah syarikat pembekal untuk pesawat tersebut telah dibeli oleh syarikat yang berpangkalan di China.

Sumber: REUTERS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY