Kerajaan Amerika Mengatakan Dron Dari China Mungkin Boleh Mengakses Data Pengguna

DJI dalam bahaya...


Belum reda dengan isu penarikan lesen Android oleh Google dari Huawei dan beberapa syarikat teknologi yang bertindak memutuskan hubungan dengan syarikat gergasi China itu, Amerika hari ini memberikan amaran berkaitan produk dron keluaran China pula.

Berdasarkan laporan oleh CNN, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S (DHS) hari ini mengeluarkan amaran bahawa dron buatan China boleh menghantar maklumat penerbangan kepada pengeluar mereka, seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga.

Walaupun amaran berjaga-jaga itu tidak menyatakan secara spesifik nama pengeluar dron yang terlibat. Tetapi memang diketahui umum bahawa China adalah antara negara pengeluar dron yang terbesar di dunia.

Syarikat pengeluar dron China yang paling sinonim dan popular dikalangan pengguna adalah DJI, yang berpangkalan di Shenzhen, China. CNN juga menyatakan, hampir 80% dron yang terdapat di A.S dan Canada adalah datangnya dari DJI.

Pihak CyberSecuriti dan agensi Keselamatan Infrastruktur A.S (CISA) mengisukan amaran ini menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S (DHS) tidak sampai seminggu selepas Presiden Trump menandatangani arahan eksekutif bagi menghalang penjualan dan penggunaan alat telekomunikasi yang boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan negara.

Susulan daripada isu ini, pihak DJI telah respon dengan segera menerusi jurucakap mereka:-

At DJI, safety is at the core of everything we do, and the security of our technology has been independently verified by the U.S. government and leading U.S. businesses. We give customers full and complete control over how their data is collected, stored, and transmitted. For government and critical infrastructure customers that require additional assurances, we provide drones that do not transfer data to DJI or via the internet, and our customers can enable all the precautions DHS recommends.”

Nampak gayanya, tidak cukup dengan hanya menyerang Huawei, pentadbiran Trump kini dilihat pula cuba menyerang peranti keluaran China yang lain dengan mengerahkan segala kuasa yang mereka ada dengan menggunakan alasan yang sama.

Sumber: GIZMODO