Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Fokus Cip Bercirikan Teknologi AI Dan Pengecaman Wajah Untuk Tahun 2018

Intel Dan MediaTek Bekerjasama Membangunkan Cip 5G Untuk Komputer Riba

Diterbitkan Disember 26, 2019 oleh ariff bukhari

Cip 5G dari 2 firma teknologi ini dijangka tiba dalam tahun 2021 nanti.

Pada lewat November lalu, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan syarikat teknologi Taiwan iaitu MediaTek Inc. bagi bersama membangunkan cip 5G untuk digunakan dalam model komputer riba terbaru.

Intel memaklumkan, mereka mensasarkan cip 5G yang dibangunkan itu nanti akan mula ditawarkan pada komputer riba pada awal tahun 2021 nanti. Pengeluar komputer Dell dan HP pula adalah antara syarikat terawal yang akan mula menggunakan cip 5G tersebut dalam barisan produk komputer riba mereka nanti.

“This partnership with MediaTek brings together industry leaders with deep engineering, system integration and connectivity expertise to deliver 5G experiences on the next generation of the world’s best PCs.” Intel.

Seperti sedia maklum, Intel telah pun tidak lagi membangunkan modem 5G bagi telefon pintar selepas menjual teknologi mereka itu kepada pihak Apple yang melibatkan nilai $1 bilion.

Ini sekaligus memberikan mereka peluang lebih memfokuskan pembangunan cip 5G pada barisan produk lain seperti komputer, peranti IoT, kenderaan tanpa pemandu dan lain-lain.

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY