Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Perlihatkan Lebih Awal Cip Pemprosesan Edisi Khas Intel Core i9-9900KS Sebelum Pembentangan Rasmi Mereka di Computex 2019

Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm

Diterbitkan Julai 19, 2019 ยท Dikemas kini Julai 19, 2019 oleh ariff bukhari

Terpaksa tunggu hingga 2021.

Ketika seteru utama telah berjaya menghasilkan cip pemprosesan 7nm, pihak Intel pula masih menghasilkan cip pemprosesan 10nm.

Intel telah menjelaskan bahawa betapa sukarnya mereka untuk membangunkan cip pemprosesan 10nm sebelum ini. Tetapi kini turut terpaksa akui bahawa mereka juga buat masa ini tidak mampu mengejar cip pemprosesan 7nm yang telah pun dihasilkan AMD.

Pendedahan tersebut dibuat oleh CEO Intel sendiri, Bob Swan di Persidangan Fortune’s Brainstorm Tech yang berlangsung di Apen, Colorado baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, sasaran Intel untuk memasukkan sehingga 2.7 kali ketumpatan transistor ke dalam cip 10nm mereka sberbanding yang ada pada cip 14nm mereka sebelum ini sebagai satu cita-cita yang terlalu tinggi bagi mereka.

“At a time when it gets harder and harder, we set a more aggressive goal. From that it just took us longer,“

Bob Swan, CEO Intel.

Disebabkan masa yang diambil terlalu lama dalam pembangunan cip pemprosesan 10nm tersebut, masa untuk mereka menghasilkan pula cip 7nm hanya akan dapat dihasilkan pada 2021 nanti.

Ketika ini, pembangun cip pemprosesan dari AMD dan Qualcomm telah berjaya mendahului menghasilkan cip pemprosesan 7nm.

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY