Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Akan Labur RM30 Bilion di Malaysia, Bakal Wujud Lebih 9,000 Peluang Pekerjaan

Intel Akan Labur RM30 Bilion di Malaysia, Bakal Wujud Lebih 9,000 Peluang Pekerjaan

Diterbitkan Januari 19, 2023 · Dikemas kini Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Syarikat pengeluar semi konduktor terbesar di dunia, Intel telah memberi komitmen untuk melabur RM30 bilion bagi mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Berkaitan

  • Ericsson, Intel Akan Kerjasama Untuk Percepatkan Pendigitalan Di Malaysia Dengan 5G

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan bersama Keyvan Esfarjani, Ketua Pegawai Operasi Global Intel, yang bertujuan membincangkan prospek peningkatan pelaburan Intel di Malaysia.

Jelasnya, pelaburan tersebut dijangka akan mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan di Intel dan juga lebih 5,000 pekerjaan dalam bidang pembinaan.

Dalam pada itu, Zafrul berkata pihaknya menyambut baik komitmen Intel dan kerjasama seumpamanya akan diteruskan dengan syarikat-syarikat lain dalam usaha meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Intel merupakan antara perintis industri E&E di Malaysia, dengan operasi mereka bermula pada 1972.

Sumber: Tengku Zafrul

Gambar utama: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY