Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Sedang Menguji Ciri Baru

Instagram Sedang Menguji Ciri Baru

Diterbitkan Februari 2, 2017 · Dikemas kini Februari 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Walaupun baru beberapa minggu memperkenalkan fungsi Live pada aplikasi Instagram, platform perkongsian gambar popular itu dikhabarkan sedang menguji fungsi baru untuk versi beta.

Memetik dari laman Mashable, fungsi yang mungkin diperkenalkan tidak lama lagi itu adalah memuat naik lebih dari satu gambar dalam satu-satu perkongsian. Ia bukan seperti collage, tetapi ia lebih kepada album untuk foto berkenaan.

Fungsi itu tidak terhad kepada gambar sahaja dimana ia juga boleh digunakan untuk berkongsi lebih dari satu video dalam satu perkongsian. Mungkin ia akan menyerupai ciri album sama seperti aplikasi Facebook dimana pengguna boleh navigasi foto ke kiri atau ke kanan untuk melihat foto atau video lain.

https://wiser.my/wp-content/uploads/2017/02/giphy.mp4

Selain memudahkan perkongsian, pengguna juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu berulang kali memuat naik foto yang berlainan. Cukup dengan satu perkongsian pelbagai foto dan video dapat dikongsi dengan keluarga serta teman yang lain. Lebih-lebih lagi ketika majlis perkahwinan, sering kali kita melihat foto penuh di timeline. Dengan aplikasi yang sedang diuji ini, diharap ia dapat menyelesaikan masalah itu.

Ciri ini dikhabarkan masih belum berfungsi sepenuhnya dan hanya dapat digunakan pada versi beta sahaja. Jadi sama-sama kita nantikan apa yang bakal dipertaruhkan oleh Instagram untuk ciri terbaru itu.

Sumber: MashableAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY