Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Recoverd Account

Instagram Ada Cara Selesaikan Masalah Akaun Yang Telah Digodam

Diterbitkan Disember 16, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Pengguna Instagram kini tidak perlu risau jika akaun mereka mengalami masalah untuk log masuk seperti digodam atau terlupa kata laluan.

Ini kerana Instagram sudah mencipta sebuah hab di mana pengguna boleh mengembalikan semula akaun mereka.

Hab ini membenarkan pengguna untuk mengembalikan semula akaun mereka yang digodam, dinyahaktifkan atau terlupa kata laluannya.

Sebaik sahaja pengguna memilih isu tersebut, beberapa langkah perlu diikuti untuk mengesahkan identiti pemilik asal akaun.

Salah satu kaedah untuk pengesahan ini adalah meminta kenalan Instagram yang lain untuk mengesahkannya.

Ciri ini tersedia oleh semua pengguna dan kenalan berkenaan perlu mengesahkannya dalam masa 24 jam. Jika mereka sudah mengesahkannya, Instagram akan membenarkan pengguna untuk set semula kata laluan.

using @everyone when in a messaging group

Ini merupakan salah satu langkah oleh Instagram untuk mengelakkan lebih banyak akaun digodam. Tambahan pula, mana-mana akaun yang mencurigakan seperti menyerupai orang lain akan dibuang.

Terdapat ciri percubaan baharu dikeluarkan oleh Instagram di mana pengguna akan diberi amaran jika terdapat akaun yang mencurigakan mengikuti mereka.

Instagram Recovery Account

Instagram dijangka akan memberi amaran kepada pengguna jika menerima DM daripada akaun yang mencurigakan pada masa yang akan datang.

Berkaitan

  • Oppo Perkenal 'Cermin Mata' Yang Mampu Terjemah Bahasa Dan Tukar Suara Kepada Teks
  • Dijangka MacBook Air Didatangkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Cip M2
  • Firma Tukaran Kripto, FTX Disahkan Muflis, Terlibat Skandal Penipuan Kripto Terbesar
  • Steam Beri Main Percuma FIFA 23 Untuk Masa Terhad
  • Karnival Tahun Baru Infinix Bakal Tiba, Berpeluang Bawa Pulang TV
  • Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi Menjelang Krismas Ini - Fahmi Fadzil

Sumber: Instagram

Gambar Utama: Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY