Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Mula Banteras Pengikut, Komen Dan Likes Palsu

Instagram Mula Banteras Pengikut, Komen Dan Likes Palsu

Diterbitkan November 21, 2018 ยท Dikemas kini November 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Jika sebelum ini anda ada terlihat akaun Instagram dengan jumlah pengikut yang banyak dan tiba-tiba berkurang secara drastik, ia pastinya hasil dari tindakan syarikat itu yang mahu membanteras pengikut dan like palsu dari platform berkenaan.

Pada Isnin lalu, Instagram ada mengumumkan untuk membanteras mana-mana akaun yang menggunakan cara yang tidak rasmi untuk meningkatkan populariti akaun mereka.

Instagram Mula Banteras Pengikut, Komen Dan Likes Palsu

Langkah ini diambil setelah pihak Instagram menyedari peningkatan aplikasi pihak ketiga dalam platform itu.

Aplikasi perkongsian gambar popular itu sudahpun memadam interaksi tidak asli yang menggunakan aplikasi pihak ketiga dengan bantuan mesim pembelajaran yang dibangunkan.

Mana-mana akaun yang dikenal pasti terlibat akan menerima mesej pemberitahuan berkenaan pemadaman like, follow dan komen tersebut.

Instagram turut menambah, mereka menyarankan pengguna supaya menukar kata laluan supaya informasi yang pernah dikongsikan pada aplikasi pihak ketiga sebelum ini tidak dimanipulasi.

Sumber: Instagram

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY