Instagram photo
maps merupakan satu ciri yang akan memaparkan foto mengikut lokasi foto itu
diambil. Proses membuang ciri itu dari aplikasi sudah dimulakan beritahu Instagram
kepada Mashable. “Tidak ramai yang menggunakan ciri ini, jadi kami membuat
keputusan untuk membuangnya dan fokus kepada perkara yang lain.” Jelas
Instagram.
Menerusi
kemaskini yang terbaharu, pengguna masih boleh melihat peta mereka sendiri
tetapi mereka tidak akan dapat melihat peta milik pengguna yang lain. Bagi anda
yang selalu mengembara atau bercuti keluar negara, ciri ini sangat menarik
untuk digunakan. Foto anda akan terpapar di peta menandakan anda pernah sampai
ke destinasi tersebut. Tetapi bagi pengguna yang jarang mengembara, foto mereka
akan kelihatan seperti berlonggok di kawasan yang sama.
Berkaitan
- OnePlus 3 Dan 3T Bakal Dikemaskinikan Dengan Android P
- Qualcomm Mahu Selesaikan Masalah Audio Bluetooth Kurang Berkualiti Dengan aptX Adaptive
- IBM Sudah Melengkapkan Pengambilalihan Red Hat
- MediaTek Lancar UltraCast | Teknologi Strim Video 4K
- Vivo V17 Pro Enam Kamera Telah Diumumkan Rasmi, Dijual Pada Harga RM1699
- Xiaomi Perkenal Cermin Pandang Belakang Pintar Untuk Kegunaan Kereta
- Nintendo Henti Pengeluaran Wii U Minggu Ini
- Facebook Akan Tapis Perkongsian Berunsur Meminta Like, Share Atau Komen.
- AmBank Bekerjasama Dengan Digi Sediakan Platform e-Pembayaran
- Penganalisis KGI: Apple Akan Keluarkan iPhone Berukuran 6.5 Inci