Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Lancar UltraCast | Teknologi Strim Video 4K

MediaTek Lancar UltraCast | Teknologi Strim Video 4K

Diterbitkan November 21, 2016 · Dikemas kini November 21, 2016 oleh Helmi Samsuri

MediaTek telah mengumumkan teknologi strim video 4K tanpa wayar dari telefon pintar terus ke TV dan cable box yang dipanggil UltraCast. Teknologi ini berasaskan teknologi sedia ada, Miracast, yang membolehkan strim video HD (1080p) diantara peranti mudah alih dengan skrin paparan tetapi ditambah dengan sokongan 4K.

mediatek

UltraCast boleh didapati pada telefon pintar yang dikuasakan oleh cip pemproses keluaran MediaTek, Helio. Ia juga akan terdapat pada HDTV yang menggunakan cip 4K dari syarikat itu. Bagi telefon pintar, TV dan cable box dari syarikat lain juga dialu-alukan untuk melaksanakan teknologi itu dalam produk mereka.

“Kini pengguna mampu menikmati kandungan video 4K menerusi teknologi UltraCast dari MediaTek yang akan memanfaatkan keupayaan sokongan 4K pada platform telefon pintar dan juga HDTV. MediaTek menawarkan pengalaman yang lebih baik dan berbaloi serta kos efektif bagi pengeluar peranti.” ujar SR Tsai, Pengurus Kanan di MediaTek.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY