Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Henti Pengeluaran Wii U Minggu Ini

Nintendo Henti Pengeluaran Wii U Minggu Ini

Diterbitkan November 1, 2016 oleh Helmi Samsuri

Selepas kehadiran permainan konsol baru, Nintendo Switch dan khabar angin mengenai model Switch Pro yang dalam pembikinan kini timbul pula berita agak menyedihkan bagi peminat permainan konsol ini. Syarikat yang berpengkalan dari Kyoto, Jepun ini dilaporkan bakal menghentikan pengeluaran permainan konsol popular mereka, Wii U.

Memetik berita dari Eurogamer, Nintendo akan menamatkan pengeluaran Wii U pada hari Jumaat ini. “Dari kiraan rasmi yang terakhir, pada 30 September, sebanyak 13.36 juta unit konsol Wii U telah dihantar untuk dipasarkan .” ujar Tom Phillips dari Eurogamer. “Bahagian produksi Nintendo Jepun akan ditutup minggu ini selepas tarikh akhir pesanan berakhir semalam.” tambah beliau lagi.

Laporan lain turut menyusul dimana pengedar konsol di UK mengakui Nintendo menyuruh pengedar untuk membuat tempahan yang terakhir. ” Nintendo kini sedang mengambil tempahan terakhir untuk konsol Wii U. Pihak yang tidak menempah selewat-lewatnya hujung minggu ini (Jumaat 30 September) tidak akan dapat menempah konsol itu lagi selepas ini”. Hal ini mungkin disebabkan ingin memberi ruang kepada model baru Switch yang diperkenalkan bulan lalu.

Wii U mula dilancarkan pada November 2012 dan berjaya dijual berjuta unit di serata dunia. Untuk tempoh 12 bulan yang akan berakhir pada 31 Mac 2017 tahun hadapan, syarikat itu meramalkan hanya 800,000 unit yang akan dikeluarkan dimana 560,000 unit telah pun dihantar ke pasaran pada 30 September yang lalu. Baki 240,000 unit dipercayai akan disiapkan sehingga hari Jumaat ini.

Sumber: Eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY